Super Awesome//
Bounjour !
Aidah Rahim . 17 Years Old .
My imagination creates the world

About Me | My Stuff | Linkies
Tagboard

Credits
Template : Dinie Hanani
Image : We♥it
Best view : Google Chrome

intan payung
Friday 16 August 2013 | 07:30 | 0 Awesome People
so hi uols! yes, dah lama tinggal dunia blog. dan harini baru teringat "eh? dulu bukan aku ada blog ke?" hahaha. geledah phone. cari mana letak email and password blog. and i found it! alhamdulillah. kembali menulis. first of all, i would like to talk about my family. my big family. lets !

our queen ; nenek. and my parents. 

asal aku sayang mereka sangat doe?!? ni jawapan dia. tanpa nenek, wujud tak mama? tanpa mama dan ayah wujud tak aku? nenek, that we love to called her as a "queen". nenek dulu seorang guru di sebuah sekolah menengah. seorang yang agak tegas dan lawak. kalau cousin aku yang kecik2, tak pernah merasa kot kena kurung dalam almari sebab bising sangat. haha. heaven wey duduk dalam almari yang gelap gelita sambil nangis sampai tertidur. cuba bayang ? haaaaa. oleh kerana kita masih lagi dalam bulan syawal. selit2 la sikit pasal raya ye. kalau zaman kecik2 dulu. bila sampai turn nak beraya dengan nenek, kitaorang ( cousins and I ) mula la nyanyi lagu aisyah 50 sen tu. ingat lagi cerita tu? kesian dia kan. k lupakan pasal aisyah tu. apa kaitan nenek dengan aisyah 50 sen tu? akak dia ke? takde la macam tu. zaman dulu nenek bagi duit raya dekat kitaorang 2ringgit tapi dalam bentuk 50 sen. faham tak? maksudnya duit syiling 50 sen, kitaorang dapat 4 keping. perghh. terkoyak sampul duit raya wa kasi tau sama lu. sebab bawak duit raya yang nenek kasi la. itulah kelainan nenek. tapi sekarang dah upgrade. bagi 10hinggit. berapa keping ? choii~ rahsia laa. yang penting budak kecik sekali memang untung. sebab nenek tak ikut faktor umur ye anak2. sama rata je cucu2 nenek dapat. umur semakin meningkat, senang citer tua la kan. begitu juga dengan kita. aku citer pasal zaman aku kecik2 dulu. siapa sangka aku sekarang dah sweet 18. alhamdulillah dapat melanjutkan pelajaran ke UNISZA di terengganu dengan course industrial design. alhamdulillah dengan berkat doa dan sokongan ibubapa ofcourse, serta keluarga, guru dan kawan2. syukur sangat. nenek dah semakin tua, dah semakin tak larat, sekarang dah x banyak bergerak. bergerak dalam rumah je. kerusi yang nenek duduk tu tepi tu ada stv. itulah spot nenek lepak. hewhew. kadang2 nenek lupa. its normal. tapi agak sedih. walaubagaimanapun, kami masih sayang nenek macam nenek sayang kami. :') kasih sayang nenek terhadap anak2nya, menantunya, cucunya tak dapat di nilai. besar sangat. aidah tak pernah terfikir dapat nenek yang awesome gila macam ni, suka buat lawak, even cucu panggil nenek penguin sebab nenek jalan macam penguin (omg we're so mean) pon nenek tak kesah. nenek hanya mampu gelak bersama kami. so, we had no reason to not care bout you. we love you :) 
next is about my parents. ayah ? pesara polis. sporting gila, suka geletek -.- ayah sangat baik. even kami bukan lah dari family kaya, duit yang ada cukup2 makan je, tapi alhamdulillah. keperluan semua ada. bersyukur sangat. apa yang orang ada, kita pon dapat memiliki nya walaupun lambat. ok la kan. mama pulak macam mana ? pesara pemegang harta. baik, suka bagi advice yang aku boleh terima dengan hati yang terbuka luas. wahh. haha. maksudnya tak menyakitkan hati la. cara percakapan dia. i love you mother! dengan nasihat dia lah aku boleh sampai ke tahap ni even aku ni seorang yang pemalam membaca. daa~ apa yang aku buat, mama sentiasa menyokong, apa yang salah mama juga sentiasa menegur. dan mana kerja gila mama juga lah yang marah2 aku sampai aku nangis. hahaha. normal laa. anak2. zaman kegemilangan dulu. haih, takyah citer la. malu malu.

kalau sapa2 nak cari model untuk iklan gigi or adik beradik bahagia, kami sedia membantu. peace B)
teman bahagia, bergaduh, mengadu, bajet2 sweet, caring semua lah. aku anak bongsu. dari 5 adik beradik. ini lah adik beradiknya. mama & ayah 's princess. meh la nak citer sorang2 ni. konon2 macam retis nak perkenalkan family dorang kan. lets lets

kakna, first sister. seorang reporter. stay kl. dah berumah tangga. anak belum. insyaallah, rezeki ada di mana2 ya. jiwa muda lagi ni. pink lover. euw. suka keluar dengan kakna. senang citer tak kedekut. pape je dia yang bayar. heaven sehh. nak share gambar perkahwinan dia sikit yee.

and congrats to both of you. welcome to our family abang ilah :) segala kelebihan dan kekurangan kami terima lah seadanya ya. 09022013

dapatnya gambar2 sebegini kerana, gambar2 dari cd yang camera man dia bagi semua copy masuk dalam laptop aku. just great rite

abang ilah's family. hi

mine ! tak best la upload gambar skema2. senyum je. decide nak upload gambar yang happy2 je.

gaya muka. texture badan penting ya uols

hari bersanding. abang ilah's family. hi again. both anak buah abang ilah yang pakai baju belang tu. syafiq dan syamil 2 karakter yang berbeza. tapi aku sayang gila dorang. dah rapat dah, dorang duk melaka. pernah tidur rumah dorang, sebelum kakna kawen lagi. comel je. ugh. rindu

next story la pulak

kakja, second sister. graphic design. stay kl. dah berumah tangga. alhamdulillah dah berisi. due bulan 12 ni. semoga selamat lah ya. kalau dalam family aku, dia lah yang paling lembut. buat kerja pon berhalus je. kitaorang memang takleh harap. haha. kongsi gambar kawen sikit yaa. 

btw, untuk pengetahuan korang, kakja dan kakna kawen tarikh dah hari yang sama. bersanding i means. kakna akad nikah sehari sebelum bersanding. tapi kakja akad nikah pagi sebelum bersanding

maaf dipinta. takde gambar se perfect gambar macam kakna tadi. sebab aku tak dapat cd dari cameraman dorang. cameraman lain2. btw, kami yang berbaju kebaya warna pink belacan ni, dayang kepada mereka. tudulss. congrats to both of you. welcome tu our family abang muaz! 10022013



ayah dan mama bersama menantunya. oohh

kami dayang mereka

cousins! mama side. tak cukup ni. banyak dah menghilang mengelamun buat peta semua ada. ini je yang bertahan.

next story yee

kakla, third sister. electrical engineer. stay kl. sudah tunangan orang. tahun depan, insyaallah jadi isteri orang pulak. pelawak family kami. sakai2 je. haha. tapi fun laa. gambar tunag dia nak tengok tak ? alaa, kalau dah aku upload ofcourse la korang tengok kan. uhuks (gelak gedik)

alahh, dah tunang dah dia. tu nenek tunang nya. gambar ni ambik dari jarak jauh. time tu, kami gegirls duduk dekat tangga. alaa macam gadis2 melayu terakhir gitu

ini lah tunangnya. abang nash. orang klang. congrats!

awkward nyaaa

usik2 sikit

takyah cakap pape lah

tak ramai yang ada. sebab cuti pendek je time ni.

kaksar, forth sister. baru habis belajar. environment engineering. single but not available. paling rendah. haha. k. ok2 jee. alah. xmo la puji lebih2. kang riak nanti. tiba2 ? takde pape yang nak di share tentang nya. just nice.  geng gaduh dengan dia laa. wachaa!

sekarang, nak kongsi sedikit gambar dengan big family, mom's side. kami rapat gila. suka gi trip mana2. yang terbaru ni, kitaorang gi bandung sesama. suka buat family gathering. kalau semua balik kampung. bbq itu wajib. another one, makan ikan bakar dekat zul ikan bakar dekat besut. perghhh terbaik! 

kak emie 's weeding (cousin)




ikan bakar di JB


family gathering di port dickson







sisters's weeding

zul ikan bakar , besut


BBQ rumah nenek


family gathering, bowling




bandung trip








raya 2013




gambar family sepenuhnya belum dapat lagi. ni semua gmbr dari phone je. uhuks (gelak gedik lagi) ini lah family aku. baik, buruk, gedik, caring semua ada. i had no reasons to hate them. i love them. so much of course. banyak lagi gambar sebenarnya. penat la. haha. penat menaip. penat mencari gambar aku simpan dalam folder mana pon dah satu hal penatnya, wuuuu. pape nanti aidah share lagi ye. ceh, macam ada je yang membaca. hahaha. k bye!

Old things